Jom Berniaga di Shopee: Mula sekarang kalau anda taknak jadi yang terakhir


Hai whats up gang, saya Fiqah. Jadi entry hari ni adalah seperti yang tertera di tajuk. Buat pengetahuan korang Fiqah baru sahaja bermula berniaga di shopee officially pada 30 April 2020. Kira start awal bulan Mei la kan. Tu pun sebab PKP sempena pandemik COVID-19. Idea untuk berniaga di SHOPEE ni dah lama sebenarnya (setelah 3 tahun menjadi pembeli di shopee. But as a full time student, Fiqah rasa macam tak mampu nak buat disebabkan atas kekangan-kekangan tertentu seperti modal dan masa. And suddenly, dapat cuti panjang macam ni kan. Unexpected. Setelah hampir 2 bulan hidup tanpa arah di rumah, kami cuba berfikir cara lain nak utilizekan masa yang ada selain belajar. Idea lama yang hampir terkubur tu terinspirasi kembali bila kami ni adik beradik selalu menjadi antara penonton setia SHOPEE LIVE:) HAHA.

SHOPEE LIVE adalah salah satu perkara baru yang dibawa oleh shopee. Lebih kurang macam FB live la. Dimana para seller boleh promosi dan jual barang mereka secara LIVE kepada customer. Kebanyakan seller tawarkan barang dengan harga yang sangat murah serendah RM 1. Antara barang yang laku keras seperti yang diketahui adalah pakaian wanita dan kanak-kanak. Nak tahu kenapa? Sebab saya rasa majoriti pembeli di SHOPEE adalah dari golongan wanita. Ye la kan siapa lagi yang terkenal dengan suka shopping ni.

Saya mula bisnes dengan zero knowledge dan zero modal. Nak tahu macam mana? Pertamanya, ZERO KNOWLEDGE. Kalau sudah tahu tiada ilmu tentang sesuatu perkara tu, belajarlah. Zaman sekarang semua di hujung jari. Awak boleh google, tengok youtube. Kalau saya jenis yang suka explore sendiri. Tapi kalau nak explore pun kena berlandaskan ilmu. Tak tahu tanya. Everthing back to ILMU. Basic. Keduanya, ZERO MODAL. Macam mana kami boleh jual barang tanpa modal? Sebab kami mula berniaga dengan menjual barang yang telah kami guna atau nama lainnya preloved item. Faedahnya, selain awak boleh menjana income, awak semua juga boleh kosongkan ruang-ruang yang dah semakin hilang kat rumah tu sebab penuh dengan barang-barang yang sudah tidak digunakan lagi.

 Kebetulan masa tu bulan puasa plus dah nak dekat raya, jadi kami mula menjual baju kurung preloved dan tudung kami yang berlambak tu secara LIVE di SHOPEE. Alhamdulillah, walaupun raya 2020 ni tidak seperti tahun-tahun sebelum ni, preloved item kami mendapat sambutan yang sangat baik oleh buyer-buyer daripada SHOPEE walaupun untuk pertama kalinya kami berjualan di SHOPEE. Keterujaan kami bertambah apabila kami berjaya mendapat income hampir RM300 dengan hanya buat 2 kali live. Ni baru kami jual cuba-cuba sahaja tau sebab belum ada ilmu sangat. Alhamdulillah. Rezeki Allah. Lebih kurang purata sehari atau setiap live RM100. Cuba awak bayangkan kalau kami boleh buat LIVE setiap hari. Cukup 30 hari awak boleh dapat RM3000. Itu baru jual secara SHOPEE LIVE. Tak termasuk hasil barang-barang jualan yang awak tampal kat SHOPEE shop awak. Tapi kalau saya memang tak sempat la nak buat setiap hari live kan atas kekangan tenaga kerja. Jadi untuk perniagaan kami di SHOPEE kami dah tetapkan dalam seminggu ada 3 hari SHOPEE LIVE iaitu pada hari Isnin, Rabu, Sabtu manakala hari selain daripada itu kami buat pengeposan.

Mudah kan bisnes ni. Jadi kenapa saya nak ajak awak-awak ni semua mula bisnes sekarang. Sebab setiap kali anda rasa tak nak cuba sesuatu yang baru dan keluar dari comfort zone, akan ada orang lain yang akan ambil tempat awak untuk berjaya. Dulu saya rasa saya tak mampu nak buat bisnes, tapi saya tengok ramai orang-orang muda sekarang berjaya dalam bisnes. Sebab apa? Sebab mereka mula sekarang, sejak detik ini. Tiada apa yang mustahil.

Hasil SHOPEE LIVE yang terbaru kami berjaya dapat lebih kurang RM300++ hanya dengan satu LIVE sahaja. Kalau awak semua nak tahu apa yang kami jual selepas preloved item kami? Follow blog saya dan nantikan update terbaru untuk entry yang seterusnya. Stay tuned:)  Itu sahaja perkongsian saya untuk malam ni. Bye.




Comments

Popular posts from this blog

Public Transport to Pasar Seni from Terminal Bersepadu Selatan (TBS)

Ayah Takkan Selamanya Ada

Quote of the day 280519