Typical Kakak Sulong?
Setelah sekian lama, akhirnya aku kembali berblogging. Busy deh sebelum ni. Tak menyempat. So this is my comeback entry and Aku tak tau kenapa tetiba nak buat tajuk ni. Macam takde tajuk lain kan. Haha. Hmm... mungkin sebab masih fefeeling td. Baru je Byebye mama n ayah. Sebab dah kena balik uni.
Typical Kakak Sulong???
Bila sebut je term ni, mesti masing2 terbayang muka kakak sendiri. Haha. Dah agak dah muka reaksi annoying adik-adik aku. I dun know how is the feeling to have kakak. Bcuz sayalah kakak sulong tu. Sedeyh? Yes. Little. Dulu selalu persoalkan why i dont have kakak and abang. Sampaikan masa sekolah rendah siap try tulis surat untuk siapa yang sudi beradik angkatkan aku. Aku takde someone yang bole protect diri aku except mama and ayah. The other way around, aku yang kena jadi protective untuk adik2 . Everything i have to go through first. Sometime, pernah je rasa 'aku ni bahan experiment ke'. Hhaa. Pemikiran time budak2.
But now i am grateful to be one. Because i live as kakak sulong, so now i can develop few special characters which i love them.
Everyone has their own speciality. Yes. We cant deny that. But now i will talk about anak sulong ya. Anak nombor lain jangan kecam ya haha.
Okay, for me anak sulong ni ada karakter dia yang tersendiri. Not all but most has similar character typically. Yang mana bila kita bergaul dengan dia, kita dah dapat agak yang dia ni anak sulong. Based on cara dia bercakap, pemikiran dia sendiri dah menunjukkan dia anak sulong. So here, aku listkn few characters of kakak sulung based on my experience and observation. Ok, lets see,
1) Kematangan terserlah dalam dirinya
Yelah. Namapun anak sulung kan. Selalu orang mesti cakap punya, muka nampak matured daripada usia. Seriusly? Ke nak cakap yang aku nampak tua. Haha. Ok jokes. Aku agree dengan statement tersebut. Wajah kan cerminan diri. So kalau inside personality kau matang, begitu jugalah dengan wajah kamu.
2) Garang,Tegas tapi penyayang dan caring
This one i totally agree. Aku kalau tak membebel sehari tak sah. Sorylah adik2ku sayang. Bukan niat kakak untuk sajer2 membebel. Hahaks. Aku kalau dah membebel memang panas la telinga. Actually not membebel but im trying to give advices indirectly ok. Tapi aku sayang adik2 aku. Sayang giler. Suara yang suka membebel ni lah nnti yang akan dirindui. Trust me.
3) Berjiwa pemimpin dan bertanggungjawab
Sifat kepimpinan ofkoslah ada. If tak banyak, sikit mesti ada punya. Yelah, kau dah ada experience jaga adik2 kan. And sometime sampaikan terbawak-bawak sifat dominan tu dalam friendship. Its good because you can conduct your team but if melebih-lebih cari pasal namanya.
Based on my observation, mostly anak sulung bertanggungjawab. Mungkin satu dua yang tercicir itu tidak. Because you hold your family after your parent. Wow. Pernah terpikir tak. Betapa besarnya tanggungjawab kau.
4) Suka memendam perasaan
This is so me. Aku suka sharing masalah dengan mama. But only on certain things. Others? I will try to hide from them. Especially, things that embarrased me so much. For example about love or someone that i like. Mungkin aku akan share bila aku betul2 dalam serious relationship and dah nak proceed ke marriage stage. Selain tu, aku tak suka nak cerita kesusahan atau isu2 yang muncul sewaktu aku belajar. Sebab aku tak nak risaukan my parent. Selagi aku bole selesaikan, aku akan selesaikan sendiri. Tp kalau masalah dalan friendship memang aku akan cerita everything dengan mama. It was good actually. Daripada kau membawang dengan orang lain, baik cerita kat mak kau. So cerita tu InsyaAllah berhenti takat tu je , tak bertali arus.
So, i think thats all yang aku boleh komen sikit2 pasal kakak sulung.
Setakat ni, apa yang paling aku bahagia jadi kakak sulong adalah, i gain respect and trust from my parents and siblings. Entah lah . I cant describe the feeling. Bahagia tp sedih. Maksudnya? Terharu lah haha. Sebab mama n ayah percayakan kakak lah, kakak bole sampai ke tahap ni. My parent trust me more than other siblings. Maybe, sebab aku jarang breaking their rules. And i always do the best in everything i do terutamanya dalam pelajaran.
My parent is not a government worker. Education SPM level. But, Alhamdulillah ada bussiness kecil-kecilan. But I know it is hard to grow us empat beradik. Sebab tu my parent sangat tekankan pendidikan. Mungkin dulu mereka tak dapat peluang tu. But, mereka sangat hebat. i'm so proud and grateful to have them. My precious.
Bagi my parent, kejayaan anak2 adalah kebahagian diaorang. I know that. Dulu time sekolah rendah, my mom sangat excited kalau bab pembelajaran anak dia. Garang memang garang. Tak yah cakap lah. Satu sekolah, satu kampung tau yang mama tegas dalam mengajar anaknya. Apa je yang aku tak pernah kena, hanger, tali pinggang, rotan, 'penyepit ketam'. Alhamdulillah berkat usaha mama tu, waktu sekolah rendah aku tak pernah tak dapat no 1 kecuali masa darjah empat n lima, tu pun sebab sakit. Sekolah agama setiap tahun no 1. Masa darjah enam, setiap ujian 5A. UPSR 5A, PMR 9A, SPM 9A. Bukan nak bangga wei. Tp tak tau la aku dapat no satu tu sebab memang pandai atau sebab takut haha. Pernah dapat no 2, aku punya cuak tu tak tau nk cakap mana. Bukan apa aku tak sanggup nak kecewakan mama aku. Pada aku not bad lah no 2. Turun satu anak tangga je kan. But mama aku punya sedih tu undescribe-able. Kalau bole, she wants her children be the best among the best. Mama selalu cakap, mama takde apa2 nak dibanggakan kecuali anak-anak. Bila mama cakap macam tu actually i felt very appreciated. Mama n ayah angkat martabat anak2 dia somehow lebih daripada diri mereka sendiri. OMG. Love them very much. The best mom ever. The best dad ever.
Bila cakap pasal trust, kadang- kadang adik2 aku like macam persoalkan aku. They said i always got something that they didnt. I totally do not agree with them. Maybe diaorg belum cukup matured untuk berfikiran lebih terbuka. Ayah selalu cakap yang ayah providekn sesuatu untuk setiap anak2 nya based on keperluan yang diperlukan. Its logic. Aku bagi contoh satu situasi. Adik aku perlukan motor. So ayah belikan motor untuk dia. Aku tak perlukan motor pun. So ayah tak belikan motor untuk aku. Adakah ia menunjukkan ayah seorang yang tak adil? Not right. Di situ la logiknya. In fact, my parent lah orang cukup adil dalam pembahagian kasih sayang. Sampaikan aku yang anak sulung ni tak terasa kurang pun kasih sayang. They treat us same. Trust me.
Seriously, bila dah besar ni kan baru aku rasa sesuatu. Its not easy to be anak sulong. I feel like, there is a very huge responsibility on my shoulder, which i need to bring it everywhere i go. I cannot dissappoint my parent. I have to be successful, successful and successful. Aku kena jadi contoh terbaik untuk adik2.
Buat semua anak2 sulong, tak kisah la kakak ke abang ke. You have to be grateful to be the eldest one. Allah pilih korang untuk jadi ketua dalam keluarga after your mum and dad. Bukan calang2 orang yang Allah pilih tau. Have faith on that.

Comments
Post a Comment